Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, January 24, 2010

MESYUARAT PENGARAH PENGARAH ILJTM

ADTEC Taiping, 23 Jan. Pada hari ini selama dua hari (23 dan 24 Jan. 2010) telah diadakan mesyuarat Pengarah-pengarah ILJTM seluruh Malaysia. Mesyuarat kali pertama bagi tahun 2010 ini melibatkan Ketua Pengarah JTM, Timbalan Ketua Pengarah JTM serta semua Pengarah bagi 27 Institusi ILJTM. Diantara agenda yang di bincangkan didalam mesyuarat ini ialah pencapaian plan strategik 2009, dimana beberapa aspek yang melibatkan kepentingan dan kejayaan ILJTM sepanjang tahun 2009 dibentangkan. Antaranya ialah penyerahan bangunan ADTEC Taiping yang telah berjaya disempurnakan pada 1 Oktober 2009 dan mula beroperasi pada 14 Oktober 2009. Selain itu mesyuarat kali ini memfokuskan kepada perancangan plan strategik bagi tahun 2010. Pelbagai plan strategik dirancangkan bagi meningkatkan mutu serta imej ILJM seterusnya mencapai visi dan misi ILJTM. Perancangan ini merangkumi persijilan, disiplin pelajar, pembangunan, perjawatan dan sebagainya.Plan strategik ini dibahagikan mengikut bahagian-bahagian yang telah ditetapkan iaitu;
1. Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Aset (BPPA)
2.Bahagian Kawalan Kualiti Latihan ( BKKL)
3.Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL)

4.Khidmat Pengurusan.

Masyuarat ini dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) iaitu En. Romli b. Hj. Hassan. Majlis perasmian penutupan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato' Maznah Mazlan. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia iaitu En. Mohd Shariff b. Hussin.














Mesyuarat Pengarah-pengarah ILJTM 2010
dipengerusikan oleh En. Romli b. Hassan
Ketua Pengarah JTM.














Diantara agenda mesyuarat yang dibentangkan
melalui LCD.














Semua pengarah-pengarah ILJTM yang hadir
dalam mesyuarat kali ini.

No comments:

Post a Comment