Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, February 28, 2010

CERAMAH AGAMA SEMPENA MAULIDURASUL 1431H

Pada 24 Februari 2010 lepas ADTEC Taiping telah menganjurkan ceramah bersempena sambutan Maulidurrasul pada 26 Februari (12 Rabiulawal 1431H). Ceramah di sampaikan oleh Al- Fadhil Ust. Akmal b. abdullah Sani. Beliau merupakan guru di Sekolah Agama Ihya-Assyarif, Semanggol. Ust. Akmal sebenarnya tidak asing lagi di ILP Ipoh, kerana ketika beliau bertugas di Ipoh dahulu, seringkali ILP Ipoh menjemput beliau menyampaikan ceramah di ILP Ipoh. Malah beliau juga penceramah mingguan kuliah agama (kuliah magrib) di surau ILP Ipoh. Pada hari ini beliau telah membawa tajuk peranan muda mudi dalam menyampaikan dakwah dan mencontohi Rasulullah saw. Peranan ini lebih besar kepada mereka yang bergelar pendidik terutama pensyarah-pensyarah. Ini kerana peranan sebagai pengajar bukan sahaja terhad disitu sahaja, malah pensyarah juga berperanan menyampaikan dakwah secara tidak langsung kepada para pelajarnya. Selain itu para pendidik juga perlulah menambah dan meningkatkan ketaqwaan diri kepada Allah swt. Tayangan slid juga disediakan oleh penceramah, bagi memberi gambaran yang lebih jelas akan cabaran sebagai pendidik pada masa kini. Majlis berakhir sekitar jan 12.00 tgh hari dan tetamu disediakan makanan. Semoga majlis ini diberkati Allah swt dan mendapat rahmatnya.






















Majlis dipengerusikan oleh En. Mohd Firdaus
















Staf khusyuk mendengar penyampaian dari Ust. Akmal.















Setelah selesai ceramah. sama-sama staf makan
secara berjamaah.
















Penolong Pengarah bersama-sama Ketua Jabatan
turut sama menjamu selera.

Tuesday, February 9, 2010

MESYUARAT COPA

Bermula pada hari khamis 4 Feb. 2010 selama 3 hari satu persidangan telah diadakan di ADTEC Taiping melibatkan beberapa Agensi dan Jabatan. Mesyuarat yang dimaksudkan ialah Cod Of Pratice Skill Accreditation Program (COPA). Mesyuarat ini bertujuan mewujudkan garis panduan kod amalan pentauliahan program kemahiran di Intitusi-institusi kemahiran di Malaysia. Tujuan kod amalan ini ialah untuk mendapatkan pengiktirafan persijilan daripada JPA berpandukan kepada kod yang sama dibawah program Akriditasi MQA. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tn. haji Syariff b. Hussin. Persidangan ini melibatkan MQA, Kementerian Sumber Manusia, JTM, IKBN, JPK, dan JPA.

Tuesday, February 2, 2010

PERLAKSANAAN TUGAS HARIAN

Bermula 1 Februari lepas semua pegawai telah memulakan tugas di bahagian atau jabatan masing-masing. Perpindahan ini melibatkan Jabatan IT & Mekatronik, Jabatan Microelektronik dan Jabatan Bahan Termaju. Setiap pegawai diarahkan ke Jabatan masing-masing adalah bertujuan supaya memudahkan pemantauan kepada kontraktor yang sedang menjalankan pembaikan kepada kerosakan yang dilaporkan. Selain itu pegawai juga lebih mudah untuk membuat perancangan mengikut bengkel masing-masing berbanding semasa berada di bangunan pentadbiran. Disini pegawai akan dapat lebih memberi fokus kepada pembangunan bahagian masing-masing samada pembangunan 'civil' ataupun silibus. Mengikut perancangan yang dijadualkan setiap bahagian mengikut Jabatan akan merancang perolehan peralatan dan juga kursus-kursus dalaman yang sesuai mengikut silibus setiap kursus. Selain itu pentadbiran tetap meneruskan kerja di Pejabat Pentadbiran di bangunan pentadbiran ADTEC Taiping. Semoga urusan dan kerja-kerja yang dilakukan dapat berjalan lancar, kemas dan lebih tersusun. Selain itu ADTEC Taiping sekali lagi mengucapkan selamat datang dan selamat memulakan tugas kepada kakitangan yang baru melapor diri pada minggu ini. Mereka ialah En. Azre, Pn. Neni dan Cik Azieatul. Difahamkan pada minggu ini dan minggu-minggu akan datang ADTEC Taiping akan terus dipenuhi oleh tetamu-tetamu yang silih berganti datang samada bermesyuarat atau berkursus. Kepada semua pegawai yang terlibat dalam Jawatankuasa masing-masing dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
















Tn. Haji Nik (Pengarah ADTEC) sedang berbincang
dengan En. Yang, Penyelia Asrama.















En. Zamzuri (Timbalan Pengarah) tekun melaksanakan
tugas ni biliknya.
















Pegawai-pegawai di Jabatan IT dan Mekatronik kini
berada di bilik pensyarah Bahagian Jaminan Mutu.
















Haa... ini lah dia Ketua Jabatan IT dan Mekatronik,
satu-satunya KJ wanita di ADTEC Taiping.















Barisan Pensyarah Jabatan Mikroelektronik yang
di ketuai oleh En. Jamal Jurait.















Mesranya dengan pegawai bawahan... yeke En. Jamal?
















Tersenyum lebar semua pegawai di Jabatan
Bahan Termaju.
















'We are the best' itu lah kata KJ, Jabatan Bahan Termaju.
En. Hanafi (kiri)