Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, May 30, 2010

Peta ADTEC Taiping

LAPORAN LAWATAN INDUSTRI Syarikat IDS Electronics Sdn. Bhd.


LAPORAN LAWATAN INDUSTRI
Syarikat IDS Electronics Sdn. Bhd.

LATAR BELAKANG
Program lawatan industri ke IDS Electronics Sdn. Bhd. telah dijalankan pada 20 Mei 2010 dan seramai 9 orang pengajar ADTEC Taiping telah mengambil bahagian dalam lawatan ini. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan perkongsian kepakaran kerjasama erat di antara syarikat tersebut dengan ADTEC Taiping khususnya kepada Bahagian Mikroelektronik. Sebaik tiba di sana, kedatangan kami telah disambut mesra oleh Pn Harison dari bahagian sumber manusia dan beliau telah memberikan sedikit taklimat mengenai latarbelakang syarikat. Seterusnya kami diberi sedikit pendedahan mengenai kapakaran yang dimiliki dan penerangan mendalam mengenai proses-proses pembuatan yang dijalankan oleh kilang tersebut. Para pegawai dari ADTEC Taiping kemudiannya telah dibawa melawat ke bahagian kilang di mana proses-proses pembuatan dijalankan dan diberikan penerangan terperinci oleh Mr. Lyndon mengenai fungsi setiap mesin yang digunakan di dalam kilang tersebut. Setelah tamat lawatan, kami menikmati sedikit jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak kilang sebelum berangkat pulang ke ADTEC.
TUJUAN
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal persekitaran industri kepada tenaga pengajar kami. Objektif lawatan ini adalah :
1) Lawatan tapak ke bahagian pembuatan kilang tersebut.
2) Memberi pendedahan kepada tenaga pengajar bidang Mikroelektronik dari segi kemahiran dan peralatan pemesinan yang digunakai di dalam industri.
3) Mengadakan hubungan baik antara industri-industri yang berkaitan dengan bidang Mikroelektronik.


LOKASI LAWATAN

IDS Electronics Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan terletak di IDS Park, Seri Iskandar, Bota, Perak. Syarikat ini telah pun mempunyai perakuan ISO 9002, QS-9000, ISO 14001 and TS16949. Perusahaan utama syarikat ini adalah menyediakan perkhidmatan pemasangan dan pengujian (assembly & test) komponen-komponen semikonduktor mengikut permintaan pelanggan-pelanggannya. Antara perkhidmatan lain yang turut disediakan adalah wafer probing, wafer backgrind, tube packaging, bulk packaging dan tape & reel.






Monday, May 17, 2010

LAPORAN LAWATAN INDUSTRI

Kolej Komuniti Chenderoh, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Perak.


LATAR BELAKANG

Program lawatan industri yang dijalankan di Kolej Komuniti Chenderoh, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Perak adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama erat dan perkongsian pintar (smart partnership) dengan Jabatan Teknologi Bahan Termaju, ADTEC Taiping khususnya kepada Bahagian Teknologi Bahan Termaju (Seramik).

Kedua-dua agensi kerajaan tersebut menjalankan aktiviti (core business) berteraskan kepada latihan dan kemahiran yang relevan kepada industri seramik. Para pegawai dari ADTEC Taiping didedahkan berkenaan core business yang dijalankan di agensi masing-masing, pembangunan & perancangan jabatan pada masa hadapan, aktiviti penyelidikan. Di samping itu, sesi lawatan ke bengkel-bengkel turut diadakan bagi menjelaskan gambaran sebenar aktiviti yang dijalankan kepada para pegawai.


OBJEKTIF

i) Meningkatkan kefahaman tenaga pengajar berkenaan bidang teknologi seramik.

ii) Mewujudkan satu platform untuk mengadakan perkongsian pintar (smart partnership) atau ruang bertukar fikiran secara ilmiah berkenaan perkembangan industri seramik di Malaysia.

iii) Mewujudkan hubungan dua hala di antara staff Jabatan Teknologi Bahan Termaju, ADTEC Taiping dengan staff Kolej Komuniti Chenderoh dan staff Perbdanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.


FAEDAH-FAEDAH

i. Membuka minda serta transformasi persepsi yang lebih positif terhadap tenaga pengajar terutama pengajar baru dan pengajar dari bidang lain berkenaan teknologi seramik terutama istilah-istilah teknikal yang digunakan dalam seramik.

ii. Berkongsi idea dan pendapat dalam usaha-usaha untuk memaju serta mempromosikan bidang teknologi seramik terutama dari aspek latihan dan kemahiran.

iii. Didedahkan kepada penemuan bahan terbaru dalam bidang teknologi licau oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia iaitu licau kristal (crystal glaze) untuk diaplikasi kepada produk seramik yang memberikan nilai estetika lebih tinggi kepada produk yang dihasilkan.

iv. Berkongsi maklumat berkenaan syarikat-syarikat pembekal bahan mentah, mesin dan peralatan seramik serta dapat mengenalpasti penyedia latihan yang berkaitan.