Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, November 23, 2009

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK ADTEC TAIPING, PERAK

TARIKH : 1 OKTOBER 2009

HARI : KHAMIS

TEMPAT : DEWAN KULIAH UTAMA ADTEC TAIPING









Wednesday, November 18, 2009

LATIHAN PENGENDALIAN PERALATAN MEKANIKAL, ELEKTRIKAL DAN ICT

Dalam menerima dan merekod penerimaan barang staf ADTEC Taiping juga diminta untuk mengikuti kursus dalaman atau training sebarang peralatan dan sistem yang diterima dari pembekal atau kontraktor. Training yang telah dilikuti ialah penggunaan sistem PA/ AVA, Air-cond, Sistem Kumbahan dan lain-lain. Kehadiran semua pegawai ADTEC ketika training ini bagi memastikan kendalian peralatan dan sistem yang disediakan di ADTEC Taiping akan berjalan lancar. Pada 18 November 2009 training mengenai sistem kumbahan diadakan oleh kontraktor. Maklumat operasi dan penyelenggaraan sistem kumbahan diberikan semasa sesi latihan tersebut. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa sesi latihan tersebut


Kontraktor sedang menunjukkan plan sistem kumbahan.


Bersungguh En. Jamal bertanyakan soalan.
(nampaknya nanti kalau ada keroskan En. Jamal orang pertama yang akan mengendalikan...)


Sistem kawalan kumbahan dikendalikan berfungsi secara automatik
yang dikendalikan dari bilik kendalian

PENYELENGGARAAN ADTEC TAIPING

Pada minggu ini Pegawai UPK ADTEC Taiping En. Radzi meneruskan kerja-kerja mengesan dan membuat laporan keroskan banggunan ADTEC. Selain itu semua pegawai yang mendapati ada kerosakan pada banggunan juga akan mengisi borang ISO kerosakan dan akan diajukan kepada Kontraktor untuk membaiki. Terdapat beberapa jenis keroskan yang perlu disegerakan baikpulih, anataranya kebocoran, kerosakan pintu/ kunci, pendawaian dan lain-lain keroskan. Di kuaters juga mengalami beberapa keroskan seperti tandas/ singki tersumbat, lampu diatas siling dan lain-lain. Dengan tindakan pantas UPK beberapa keroskan dapat dibaiki oleh pihak Kontraktor dengan segera.

Antara Kerosakan Yang Dikesan


Pintu tandas pelajar (asrama) tercabut.


ketiadaan kepala paip shower


Pendawaian elektrikal yang tidak sempurna


Antara kebocoran yang berlaku di siling bangunan
ADTEC Taiping.

Selain itu beberapa pegawai lain meneruskan eventori dan menyemak penerimaan peralatan komputer dan lain-lain. Kerja tersebut dilakukan di dalam Dewan Kuliah Utama (DKU) ADTEC Taiping. Antara individu yang bertungkus lumus dalam pemeriksaan peralatan ini alah Pn. Nurul Azwa selaku Penolong Pegawai Sistem maklumat, selain dibantu oleh En. Basheer, En. Zainol, Cik Wirdiana dan lain-lain. Manakala En. Jamal, Pn. Habibah, En. Firdaus, En. Azhar serta Juruteknik ADTEC Taiping Cik Juliana membuat pemeriksaan bekalan elektrik ke setiap rumah di kuaters. Ini adalah kerana terdapat beberapa rumah mempunyai bil elektrik sedang belum berpenghuni. Selain itu pemeriksaan meter elektrik juga dilakukan agar bertepatan dengan nombor rumah.


Penerimaan peralatan komputer daripada pembekal.



Pn. Nurul Azwa sedang menyimpan data penerimaan
peralatan komputer dari pembekal.


Catitan dibuat dengan teliti agar stok mencukupi.


Pn. Habibah dan Cik Juliana sedang memeriksa
meter dan no rumah.


Komen dari En. Jamal (ada-ada jer En. Jamal ni)

Sunday, November 15, 2009

MAJLIS BACAAN YASIN PEMBUKAAN ADTEC

Pada 5 hb November 2009 warga ADTEC telah bersama-sama menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena beroperasinya ADTEC Taiping secara rasmi pada 14 Oktober 2009. Majlis yang dirancang dalam tempoh seminggu itu telah berjaya disempurnakan dengan lancar. Antara jemputan yang hadir ialah Ketua-ketua Jabatan berhampiran, Ketua Kampung (JKKK), JK Masjid dan masyarakat setempat sekitar ADTEC Taiping. Majlis bermula dengan solat magrib berjamaah yang diimami oleh Imam Masjid Al-Hidayah AF Ustaz Bahrum. Seterusnya majlis di mulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah ADTEC Tn. Hj. Nik Othman, Dalam ucapan ringkas, beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran para jemputan, selain memperkenalkan ADTEC secara ringkas. Seterusnya bacaan yasin, tahlil dan doa selamat dibawa oleh Tn. Imam. Selesai majlis tersebut para jemaah menunaikan solat Isyak secara berjamaah. majlis diakhiri dengan jamuan makan malam yang telah ditaja oleh Dato' Kamal, Kontraktor Pembinaan ADTEC. Segala urusan berjalan lancar sepanjang masa program dan mendapat penghargaan daripada Pengarah. Tahniah dan syabas buat semua yang bekerja keras untuk menjayakan program tersebut.


Tn. Hj. Nik sedang menyambut tetamu
di perkarangan surau ADTEC.


Solat Magrib yang di Imami oleh Ust. Bahrum
Imam Masjid Hidayah Kg. Asam Kumbang.


Ahli Jamaah saling bersalam salaman
selepas menunaikan solat.


Majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat.



Para tetamu sedang menjamu selera setelah selesai
solat Isyak.


Wakil jemputan dari ILP Ipoh turut hadir seramai
empat orang.


Pengarah dan Tim. Pengarah bersama-sama
tetamu VIP yang hadir sedang menjamu selera.



Tetamu dikalangan muslimah dan kanak-kanak
turut sama menjamu selera.

Monday, November 9, 2009

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU

pada 5 November 2009 lepas semua Pegawai dan kakitangan ADTEC telah bersama-sama bergotong royong membersihkan surau ADTEC. Ini adalah kerana pada keesokan harinya ADTEC Taiping akan menganjurkan Program Bacaaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat. Majlis ini bersempena dengan pembukaan rasmi ADTEC Taping dan kehadiran Staf yang telah mula bertugas di ADTEC pada 14 Oktober lepas. Antara kerja yang dilakukan ialah membasuh lantai hadapan surau, vacum carpet, lap cermin dan susun atur perabot surau. Alhamdulillah minum dan makan pagi tersebut di taja oleh Pn. Rohani (CC) ADTEC. Secara tak langsung beliau mengadakan kenduri untuk semua pegawai dan kakitangan yang gotong royong bersihkan surau. Terima kasih kepada Pn. Rohani.



En. Basheer sedang tekun membersihkan lantai surau
ADTEC.


En. jamal turut sama membersihkan lantai surau.


En. Rick Jason sedang mengelap cermin surau ADTEC


Semua Pegawai sedang menjamu selera
selepas bergotong royong membersihkan surau.



Turut menjamu selera Pengarah ADTEC bersama
pegawai-pegawai.

URUSAN DENGAN TNB TAIPING

Pada 30 Oktober lepas Pengarah dan Pegawai ADTEC Taiping telah berkunjung ke Bangunan TNB Taping untuk urusan pertukaran nama pemilik kuaters kepada penghuni. Selain dari urusan rasmi, Kunjungan ini juga bertujuan untuk berkenalan dengan Pengurus TNB Cawangan Taiping dan bertanyakan sebarang prosedur TNB terhadap apa-apa jua permasalahan penyambungan bekalan elektrik kepada ADTEC kemudian hari. Alhamdulilah pertemuan dengan Pengurus TNB Taping, En. Rohaizan berjalan lancar kerana Pengurus tersebut merupakan teman kepada Ketua Jabatan Microelektronik, En. Jamal b. Jurait. Dalam pertemuan tersebut beberapa perkara berkaitan pembekalan elektrikal ke ADTEC dapat di selesaikan dan diberi penerangan khusus daripada Pengurus TNB.


Tn. Hj. Nik Othman, Pengarah ADTEC Taiping
sedang berbincang dengan Pengurus TNB Taiping
di pejabat TNB.

Rombongan dari ADTEC ke pejabat TNB Taiping



Rombongan Pegawai ADTEC bergambar bersama
EN. Rohaizan, Pengurus TNB Taiping.

KECURIAN KABEL TELEKOM

Komunikasi adalah perkara utama yang perlu di selesaikan awal bagi memulakan operasi di mana-mana Jabatan atau Agensi, begitu juga dengan ADTEC Taiping. Kelengkapan yang cukup canggih dengan sistem IT tidak akan berfungsi sekiranya tiada talian sambungan. Oleh itu tugas ini diberikan kepada Pn. Nurul Azwa selaku Juruteknik Komputer untuk memastikan penggunaan telefon dapat dilakukan dalam masa terdekat. Namun didapati ada masalah pada talian. Akhirnya Telekom terpaksa dihubungi untuk mendapatkan kepastian masalah talian tersebut. Setelah diperiksa, akhirnya masalah talian tersebut sebenarnya adalah berpunca daripada kecurian kabel telekom disebelah luar ADTEC. Kecurian berlaku pada kabel bawah tanah, dimana tanah telah di gali dan di tarik keluar kabel tersebut. Kecurian ini berlaku ketika ADTEC belum lagi diserahkan kepada JTM. Semoga pihak Telekom dapat menyelesaikan kerja penyambunmgan semula kabel tersebut.



Kakitangan Telekom sedang memeriksa talian
telefon ADTEC Taiping.


En. Zamzuri Timbalan Pengarah ADTEC bersama
Pegawai Telekom memeriksa kabel bawah tanah
di luar ADTEC.



Punca utama kecurian kabel di temui apabila
kelihatan lubang pada tanah laluan kabel Telekom.



Lubang pada tanah akibat kecurian kabel Telekom
sambungan ke ADTEC Taiping.

TUGASAN AWAL PEGAWAI ADTEC TAIPING

Bermula pada 19 Oktober 2009 semua Pegawai dan kakitangan sokongan memulakan tugas pertama di ADTEC Taiping. Antara tugas yang diarahkan ialah eventori, pemeriksaan kerosakan peralatan dan susun atur perabot. Semua pegawai termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah Adtec turut sama turun padang melaksanakan tugas ini. Tugas ini merangkumi blok Pentadbiran, Bengkel, Pusat Sumber, Asrama, Kuaters Dewan Utama serta Astaka. Antara tempat yang paling banyak tugasan yang perlu di laksanakan ialah di Bilik Pensyarah di setiap Jabatan/ Bahagian. Disini semua pegawai bertungkuslumus mengubah kedudukan kabinet, meja dan patisyen serta lain-lain perabot. Terdapat 7 Bahagian atau bilik Penyarah yang perlu di ubah kededukan perabot. Tugasan ini berikutan kedudukan yang di susun oleh kontaktor tidak menepati kehendak dan kesesuaian pihak ADTEC. Alhamdulillah lebih kurang dua minggu kerja-kerja ini selesai dilaksanakan dengan kerjasama yang amat baik sekali dari semua kakitangan dan pegawai.


Pengarah dan Timbalan Pengarah sedang membuat
layout susun atur perabot, dibantu oleh En Basheer.


Pengarah dan Timbalan sedang mengubah kedudukan
perabot dan dibantu oleh orang kuat Rick Jason.


En. Jamal sedang mengetatkan skru pada patisyen.
Itu tugasan utama beliau, membuka dan memasang skru.



En. Yusof dan En. Firdaus masih tersenyum
walaupun tengah letih mengangkat kabinet besi.


Mengumpul tenaga kembali untuk meneruskan
tugas mengubah kedudukan kabinet basi.


Berehat setelah keletihan seharian bekerja.



En. Yang dan En. radzi kelihatan memerhati meja
yang akan diubah kedudukan nanti. Berat nih....!


Kerja-kerja eventori turut dilakukan bagi memastikan
perabot yang diterima mencukupi dan menepati kehendak
ADTEC. Kira Jason jangan tak kira!


Membuat papantanda 'signboard' pada bilik-bilik
yang masih belum ada atau mempunyai kesilapan.
'Ini bilik clean room'

Tuesday, November 3, 2009

ADTEC TAIPING MULA BEROPERASI

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Taiping merupakan salah satu daripada 28 buah Pusat Latihan yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

ADTEC Taiping telah diluluskan dalam RMK 8 dan dibina dalam RMK 9. Pembinaan telah dimulakan pada 16 Mei 2007 di kawasan seluas 60 ekar di atas Lot PT 15643, Kamunting Raya, Mukim Asam Kumbang, Daerah Larut Matang, Perak Darul Ridzuan. Projek telah siap dan diserahkan kepada Jabatan pada 13 Mei 2009.


Alhamdulillah....Pada14 Oktober 2009 Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia sekali lagi menempa sejarah dengan beroperasinya Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping secara rasminya dengan kehadiran 4 orang pegawai yang diketuai oleh Pengarah ADTEC Taiping. Seterusnya pada 19 Oktober 2009 kira-kira hampir 20 orang pensyarah dan kakitangan sokongan melapor diri dan mula bertugas di ADTEC Taiping. Keseluruhan tenaga pensyarah dan kakitangan ini merupakan kakitangan ADTEC yang 'transit' sementara di serata ILJTM di seluruh Malaysia. Diantaranya ILP Ipoh, ILP Nibong Tebal, ILP KL dan lain-lain. Dengan di ketuai oleh Tn. Hj. Nik Othman bin Daud sebagai Pengarah ADTEC Taiping yang pertama serta dibantu oleh Timbalan Pengarah iaitu En. Zamzuri b. Hassan, maka sebuah lagi institusi pendidikan tinggi kemahiran telah beroperasi di Negeri Perak. Kawasan yang seluas 60 ekar ini menempatkan 7 bidang kursus, kediaman pegawai, asrama, surau dan lain-lain fasiliti yang serba canggih. Dijangka pada Julai 2010 ADTEC akan mula beroperasi sepenuhnya dengan pengambilan pelajar sulung sebagai 'batch' yang pertama sesi pembelajaran di ADTEC ini. Semoga urusan dan perjalanan pentadbiran ADTEC berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.


Sekitar Hari pertama lapor diri ke ADTEC Taiping


Pegajar dan staf saling berkenalan seawal pagi melapor diri ke ADTEC pada 19 oktober 2009



Mesyuarat pertama yang diketuai oleh Pengarah ADTEC Taiping Tn. Hj. Nik Othman pada 19 Oktober 2009



Pensyarah dan kakitangan sokongan bergambar
bersama-sama Pengarah (Ditengah) selepas
melapor diri pada 19 Oktober 2009.