Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Taiping merupakan salah satu daripada 28 buah Pusat Latihan yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
ADTEC Taiping telah diluluskan dalam RMK 8 dan dibina dalam RMK 9. Pembinaan telah dimulakan pada 16 Mei 2007 di kawasan seluas 60 ekar di atas Lot PT 15643, Kamunting Raya, Mukim Asam Kumbang, Daerah Larut Matang, Perak Darul Ridzuan. Projek telah siap dan diserahkan kepada Jabatan pada 13 Mei 2009.
Alhamdulillah....Pada14 Oktober 2009 Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia sekali lagi menempa sejarah dengan beroperasinya Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping secara rasminya dengan kehadiran 4 orang pegawai yang diketuai oleh Pengarah ADTEC Taiping. Seterusnya pada 19 Oktober 2009 kira-kira hampir 20 orang pensyarah dan kakitangan sokongan melapor diri dan mula bertugas di ADTEC Taiping. Keseluruhan tenaga pensyarah dan kakitangan ini merupakan kakitangan ADTEC yang 'transit' sementara di serata ILJTM di seluruh Malaysia. Diantaranya ILP Ipoh, ILP Nibong Tebal, ILP KL dan lain-lain. Dengan di ketuai oleh Tn. Hj. Nik Othman bin Daud sebagai Pengarah ADTEC Taiping yang pertama serta dibantu oleh Timbalan Pengarah iaitu En. Zamzuri b. Hassan, maka sebuah lagi institusi pendidikan tinggi kemahiran telah beroperasi di Negeri Perak. Kawasan yang seluas 60 ekar ini menempatkan 7 bidang kursus, kediaman pegawai, asrama, surau dan lain-lain fasiliti yang serba canggih. Dijangka pada Julai 2010 ADTEC akan mula beroperasi sepenuhnya dengan pengambilan pelajar sulung sebagai 'batch' yang pertama sesi pembelajaran di ADTEC ini. Semoga urusan dan perjalanan pentadbiran ADTEC berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.
Sekitar Hari pertama lapor diri ke ADTEC Taiping
Pegajar dan staf saling berkenalan seawal pagi melapor diri ke ADTEC pada 19 oktober 2009
Mesyuarat pertama yang diketuai oleh Pengarah ADTEC Taiping Tn. Hj. Nik Othman pada 19 Oktober 2009
Program diploma yang disediakan di adtec Taiping?
ReplyDeletejtm sijil n diploma ny tdak d iktirafkn lagi,,
ReplyDeletesmpai bila2 la jadi pngagur,,