Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, January 21, 2010

MESYUARAT PENYELENGGARAAN

Khamis, 21 Jan, Pengarah ADTEC Taiping meminta kontraktor lebih bertanggujawab dalam memastikan setiap laporan kerosakan ADTEC dapat diselenggara dengan baik dan cepat. Ketegasan ini disuarakan dalam Mesyuarat Penyelengaraaan ADTEC Taiping semalam. Ini berikutan banyak aduan dan laporan yang dikemukakan masih belum di sempurnakan oleh pihak yang berkenaan. Mesyuarat yang dihadiri oleh Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan ADTEC serta kontraktor dan JKR ini di pengerusikan oleh En. Soon Ting Swee, Pengurus Besar Pembinaan Kanan, JKR Ibu Pejabat di Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama setiap wakil kontraktor yang hadir diminta supaya mempercepatkan kerja pembaikan kerosakan kerana tugas ini masih tertakluk kepada syarikat mereka selagi tempoh jaminan selama dua tahun masih ada. Ketidak puasan Pengarah ADTEC Taiping berikutan kelambatan pihak syarikat menyiapkan kerja-kerja membaiki kerosakan seperti tobol pintu, boxsup, pendawaian elektrikal dan sebagainya. Mesyuarat berakhir sekitar jam 2.30 petang.






No comments:

Post a Comment