Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 17, 2010

LAPORAN LAWATAN INDUSTRI

Kolej Komuniti Chenderoh, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Perak.


LATAR BELAKANG

Program lawatan industri yang dijalankan di Kolej Komuniti Chenderoh, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Perak adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama erat dan perkongsian pintar (smart partnership) dengan Jabatan Teknologi Bahan Termaju, ADTEC Taiping khususnya kepada Bahagian Teknologi Bahan Termaju (Seramik).

Kedua-dua agensi kerajaan tersebut menjalankan aktiviti (core business) berteraskan kepada latihan dan kemahiran yang relevan kepada industri seramik. Para pegawai dari ADTEC Taiping didedahkan berkenaan core business yang dijalankan di agensi masing-masing, pembangunan & perancangan jabatan pada masa hadapan, aktiviti penyelidikan. Di samping itu, sesi lawatan ke bengkel-bengkel turut diadakan bagi menjelaskan gambaran sebenar aktiviti yang dijalankan kepada para pegawai.


OBJEKTIF

i) Meningkatkan kefahaman tenaga pengajar berkenaan bidang teknologi seramik.

ii) Mewujudkan satu platform untuk mengadakan perkongsian pintar (smart partnership) atau ruang bertukar fikiran secara ilmiah berkenaan perkembangan industri seramik di Malaysia.

iii) Mewujudkan hubungan dua hala di antara staff Jabatan Teknologi Bahan Termaju, ADTEC Taiping dengan staff Kolej Komuniti Chenderoh dan staff Perbdanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.


FAEDAH-FAEDAH

i. Membuka minda serta transformasi persepsi yang lebih positif terhadap tenaga pengajar terutama pengajar baru dan pengajar dari bidang lain berkenaan teknologi seramik terutama istilah-istilah teknikal yang digunakan dalam seramik.

ii. Berkongsi idea dan pendapat dalam usaha-usaha untuk memaju serta mempromosikan bidang teknologi seramik terutama dari aspek latihan dan kemahiran.

iii. Didedahkan kepada penemuan bahan terbaru dalam bidang teknologi licau oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia iaitu licau kristal (crystal glaze) untuk diaplikasi kepada produk seramik yang memberikan nilai estetika lebih tinggi kepada produk yang dihasilkan.

iv. Berkongsi maklumat berkenaan syarikat-syarikat pembekal bahan mentah, mesin dan peralatan seramik serta dapat mengenalpasti penyedia latihan yang berkaitan.









No comments:

Post a Comment