Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, June 25, 2010

ADTEC TAIPING SUDAH BERSEDIA

barisan kontinjen ADTEC Taiping


Mesyuarat terakhir persiapan terakhir JK Sukan

Pengarah memberi taklimat terakhir sebelum
kontijen berlepas petang ini.

Pengarah memberi nasihat.

Boleh menang ke ni....asyik seyum jer...

Masih sempat buat latihan..gini caranya..

Persiapan terakhir pengagihan jersi kepada peserta

Kami akan menjuarai....



Thursday, June 10, 2010

ADTEC Taiping Bersedia Untuk Kejohanan Sukan

LATIHAN INTENSIF ADTEC TAIPING

warga ADTEC Taiping kini bersedia untuk menghadapi kejohanan sukan ILJM diperingkat zon utara. latihan-latihan giat diadakan bagi memastikan merangkul juara dalam apa jua acara yang dipertandingkan. Walaupun kekurangan peserta, namun kontinjen ADTEC taiping tetap yakin dengan setiap wakil yang dihantar untuk kali pertama ini mencipta sejarah. Antara latihan yang giat di adakan.


Antara latihan yang diadakan ialah sukan bowling.

staf wanita yang mengambil bahagian dalam latihan bowling

Tn. Hj. Nik membuat balingan yang mantap (mata melebihi 100)


Ini dia jagoan ADTEC Taiping. Siap sarung tangan tu....

Cuba teka siapa ni...orangnya hensome..begaya..
tapi balingan longkang jer...

Latihan badminton diadakan setiap hari selasa dan khamis petang.

Ipoh mali punya bikin ADTEC boleh menang. Nazmi beregu dengan En Nadzri

Pengarah bersama-sama subhi membuat latihan beregu.

Sunday, May 30, 2010

Peta ADTEC Taiping

LAPORAN LAWATAN INDUSTRI Syarikat IDS Electronics Sdn. Bhd.


LAPORAN LAWATAN INDUSTRI
Syarikat IDS Electronics Sdn. Bhd.

LATAR BELAKANG
Program lawatan industri ke IDS Electronics Sdn. Bhd. telah dijalankan pada 20 Mei 2010 dan seramai 9 orang pengajar ADTEC Taiping telah mengambil bahagian dalam lawatan ini. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan perkongsian kepakaran kerjasama erat di antara syarikat tersebut dengan ADTEC Taiping khususnya kepada Bahagian Mikroelektronik. Sebaik tiba di sana, kedatangan kami telah disambut mesra oleh Pn Harison dari bahagian sumber manusia dan beliau telah memberikan sedikit taklimat mengenai latarbelakang syarikat. Seterusnya kami diberi sedikit pendedahan mengenai kapakaran yang dimiliki dan penerangan mendalam mengenai proses-proses pembuatan yang dijalankan oleh kilang tersebut. Para pegawai dari ADTEC Taiping kemudiannya telah dibawa melawat ke bahagian kilang di mana proses-proses pembuatan dijalankan dan diberikan penerangan terperinci oleh Mr. Lyndon mengenai fungsi setiap mesin yang digunakan di dalam kilang tersebut. Setelah tamat lawatan, kami menikmati sedikit jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak kilang sebelum berangkat pulang ke ADTEC.
TUJUAN
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal persekitaran industri kepada tenaga pengajar kami. Objektif lawatan ini adalah :
1) Lawatan tapak ke bahagian pembuatan kilang tersebut.
2) Memberi pendedahan kepada tenaga pengajar bidang Mikroelektronik dari segi kemahiran dan peralatan pemesinan yang digunakai di dalam industri.
3) Mengadakan hubungan baik antara industri-industri yang berkaitan dengan bidang Mikroelektronik.


LOKASI LAWATAN

IDS Electronics Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan terletak di IDS Park, Seri Iskandar, Bota, Perak. Syarikat ini telah pun mempunyai perakuan ISO 9002, QS-9000, ISO 14001 and TS16949. Perusahaan utama syarikat ini adalah menyediakan perkhidmatan pemasangan dan pengujian (assembly & test) komponen-komponen semikonduktor mengikut permintaan pelanggan-pelanggannya. Antara perkhidmatan lain yang turut disediakan adalah wafer probing, wafer backgrind, tube packaging, bulk packaging dan tape & reel.






Monday, May 17, 2010

LAPORAN LAWATAN INDUSTRI

Kolej Komuniti Chenderoh, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Perak.


LATAR BELAKANG

Program lawatan industri yang dijalankan di Kolej Komuniti Chenderoh, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Perak adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama erat dan perkongsian pintar (smart partnership) dengan Jabatan Teknologi Bahan Termaju, ADTEC Taiping khususnya kepada Bahagian Teknologi Bahan Termaju (Seramik).

Kedua-dua agensi kerajaan tersebut menjalankan aktiviti (core business) berteraskan kepada latihan dan kemahiran yang relevan kepada industri seramik. Para pegawai dari ADTEC Taiping didedahkan berkenaan core business yang dijalankan di agensi masing-masing, pembangunan & perancangan jabatan pada masa hadapan, aktiviti penyelidikan. Di samping itu, sesi lawatan ke bengkel-bengkel turut diadakan bagi menjelaskan gambaran sebenar aktiviti yang dijalankan kepada para pegawai.


OBJEKTIF

i) Meningkatkan kefahaman tenaga pengajar berkenaan bidang teknologi seramik.

ii) Mewujudkan satu platform untuk mengadakan perkongsian pintar (smart partnership) atau ruang bertukar fikiran secara ilmiah berkenaan perkembangan industri seramik di Malaysia.

iii) Mewujudkan hubungan dua hala di antara staff Jabatan Teknologi Bahan Termaju, ADTEC Taiping dengan staff Kolej Komuniti Chenderoh dan staff Perbdanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.


FAEDAH-FAEDAH

i. Membuka minda serta transformasi persepsi yang lebih positif terhadap tenaga pengajar terutama pengajar baru dan pengajar dari bidang lain berkenaan teknologi seramik terutama istilah-istilah teknikal yang digunakan dalam seramik.

ii. Berkongsi idea dan pendapat dalam usaha-usaha untuk memaju serta mempromosikan bidang teknologi seramik terutama dari aspek latihan dan kemahiran.

iii. Didedahkan kepada penemuan bahan terbaru dalam bidang teknologi licau oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia iaitu licau kristal (crystal glaze) untuk diaplikasi kepada produk seramik yang memberikan nilai estetika lebih tinggi kepada produk yang dihasilkan.

iv. Berkongsi maklumat berkenaan syarikat-syarikat pembekal bahan mentah, mesin dan peralatan seramik serta dapat mengenalpasti penyedia latihan yang berkaitan.









Sunday, April 4, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAKMAL MIKROELEKTRONIK DI MIMOS & UKM

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAKMAL MIKROELEKTRONIK DI MIMOS & UKM

PENGENALAN

Kursus Teknologi Mikroelektronik ADTEC Taiping merupakan kursus utama yang akan dijalankan di institut ini yang akan membuat enrolmen paling ramai dengan kapasiti 240 pelajar. ADTEC Taiping juga merupakan Pusat Kecemerlangan ( Centre of Excellent ) bagi Kursus Mikroelektronik. Empat ( 4 ) pengkhususan utama yang terlibat di dalam bidang ini iaitu IC design, Fabrication, Failure Analysis dan juga Assembly and Packaging. Kursus Teknologi Mikroelektronik yang akan dijalankan di ADTEC Taiping akan merupakan kursus perintis bidang mikroelektronik yang akan menjalankan kesemua 4 bidang pengkhususan tersebut.

TUJUAN

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dalam bidang Mikroelektronik kepada tenaga pengajar kami. Objektif lawatan ini adalah :

1) Lawatan tapak ke makmal Mikroelektronik.

2) Mengadakan kerjasama dan dapat berkongsi pengalaman dari segi kepakaran khususnya di dalam silibus pembelajaran, kemahiran teknikal, pemantauan dan penyelenggaraan serta bahan-bahan rujukan yang digunakan.

3) Mengadakan hubungan baik antara industri-industri yang berkaitan dengan bidang Mikroelektronik.

4) Mendapatkan penasihat kepakaran dari institusi pengajian tinggi dan juga industri-industri.

LOKASI LAWATAN

1) MIMOS BERHAD – 22/3/2010 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari

2) UKM - 23/3/2010 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari

MIMOS BERHAD.

MIMOS merupakan sebuah syarikat badan berkanun yang telah beroperasi sejak 1995. Misi dan visi MIMOS adalah untuk menjadi pusat kajian Mikroelektronik yang berteknologi di negara ini. Di antara bidang-bidang kajian yang dijalan di MIMOS adalah Micro Energy dan Micro-System (MEMS / NEMS).

Setelah kami sampai di sana, kami telah disambut dengan baik dan diberi sedikit penerangan dan pendedahan mengenai kajian-kajian yang dibuat oleh MIMOS.di bilik mesyuarat.

Kami telah dibawa lawatan tapak ke clean room Fabrication dan failure analysis. Kami diberi penerangan mengenai proses-proses dan fungsi setiap mesin yang digunakan di dalam clean room tersebut.

IMEN, UKM

Institut Microengineering Nanoelectronics atau nama singkatannya adalah IMEN yang merupakan salah satu institut penyelelidikan pelbagai bidang yang berkaitan Microelectronics advance dan Nanotechnology. Selain itu, IMEN juga merupakan pusat penyelidikan kebangsaan di Negara ini dalam bidang Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik..

Di antara makmal-makmal clean roon yang telah kami lawati ialah Clean Room Fabrication, makmal Fotonik,& Nanofotonik dan Organik & Printed Electronic.

Setelah selesai lawatan ke makmal-makmal, kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi perbincangan.




Sunday, February 28, 2010

CERAMAH AGAMA SEMPENA MAULIDURASUL 1431H

Pada 24 Februari 2010 lepas ADTEC Taiping telah menganjurkan ceramah bersempena sambutan Maulidurrasul pada 26 Februari (12 Rabiulawal 1431H). Ceramah di sampaikan oleh Al- Fadhil Ust. Akmal b. abdullah Sani. Beliau merupakan guru di Sekolah Agama Ihya-Assyarif, Semanggol. Ust. Akmal sebenarnya tidak asing lagi di ILP Ipoh, kerana ketika beliau bertugas di Ipoh dahulu, seringkali ILP Ipoh menjemput beliau menyampaikan ceramah di ILP Ipoh. Malah beliau juga penceramah mingguan kuliah agama (kuliah magrib) di surau ILP Ipoh. Pada hari ini beliau telah membawa tajuk peranan muda mudi dalam menyampaikan dakwah dan mencontohi Rasulullah saw. Peranan ini lebih besar kepada mereka yang bergelar pendidik terutama pensyarah-pensyarah. Ini kerana peranan sebagai pengajar bukan sahaja terhad disitu sahaja, malah pensyarah juga berperanan menyampaikan dakwah secara tidak langsung kepada para pelajarnya. Selain itu para pendidik juga perlulah menambah dan meningkatkan ketaqwaan diri kepada Allah swt. Tayangan slid juga disediakan oleh penceramah, bagi memberi gambaran yang lebih jelas akan cabaran sebagai pendidik pada masa kini. Majlis berakhir sekitar jan 12.00 tgh hari dan tetamu disediakan makanan. Semoga majlis ini diberkati Allah swt dan mendapat rahmatnya.






















Majlis dipengerusikan oleh En. Mohd Firdaus
















Staf khusyuk mendengar penyampaian dari Ust. Akmal.















Setelah selesai ceramah. sama-sama staf makan
secara berjamaah.
















Penolong Pengarah bersama-sama Ketua Jabatan
turut sama menjamu selera.