Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, January 24, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH

Ahad, 24 Januari. Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Pengarah-pengarah ILJTM telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Senator Dato' Maznah Bt. Mazlan. Turut dijemput pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia En. Mohd Shariff b. Hussin. Dalam majlis tersebut, satu dialog diantara Pengarah-pengarah ILJM bersama beliau diadakan didalam bilik mesyuarat utama ADTEC Taiping. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai halatuju JTM dan perancangan strategik ILJTM yang telah dimesyuaratkan sepanjang dua hari yang lepas. Beberapa perkara penting yang di bincangkan ialah mengenai, pengiktirafan persijilan kemahiran, perjawatan, status ILP Prai serta usaha-usaha meningkatkan latihan di ILJTM seperti peralatan dan kebajikan pegawai ILJM itu sendiri. Terdapat juga beberapa perkara yang dicadangkan oleh Timbalan Menteri yang boleh di fikirkan bersama bagi meningkatkan tahap dan kejayaan ILJTM pada masa-masa hadapan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Timbalan Menteri dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JTM En. Romli B. Hj. Hassan.


Kehadiran Timbalan Menteri Sumber Manusia
Dato' Maznah Mazlan disambut oleh Ketua Pengarah JTM
dan Pengarah ADTEC Taiping.


Jamuan ringan sementara menunggu majlis
Perasmian Penutupan Mesyuarat Pengarah-pengarah.


Dialog diantara Pengarah-pengarah bersama
Timbalan Menteri Serta Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Manusia.


No comments:

Post a Comment