Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, February 2, 2010

PERLAKSANAAN TUGAS HARIAN

Bermula 1 Februari lepas semua pegawai telah memulakan tugas di bahagian atau jabatan masing-masing. Perpindahan ini melibatkan Jabatan IT & Mekatronik, Jabatan Microelektronik dan Jabatan Bahan Termaju. Setiap pegawai diarahkan ke Jabatan masing-masing adalah bertujuan supaya memudahkan pemantauan kepada kontraktor yang sedang menjalankan pembaikan kepada kerosakan yang dilaporkan. Selain itu pegawai juga lebih mudah untuk membuat perancangan mengikut bengkel masing-masing berbanding semasa berada di bangunan pentadbiran. Disini pegawai akan dapat lebih memberi fokus kepada pembangunan bahagian masing-masing samada pembangunan 'civil' ataupun silibus. Mengikut perancangan yang dijadualkan setiap bahagian mengikut Jabatan akan merancang perolehan peralatan dan juga kursus-kursus dalaman yang sesuai mengikut silibus setiap kursus. Selain itu pentadbiran tetap meneruskan kerja di Pejabat Pentadbiran di bangunan pentadbiran ADTEC Taiping. Semoga urusan dan kerja-kerja yang dilakukan dapat berjalan lancar, kemas dan lebih tersusun. Selain itu ADTEC Taiping sekali lagi mengucapkan selamat datang dan selamat memulakan tugas kepada kakitangan yang baru melapor diri pada minggu ini. Mereka ialah En. Azre, Pn. Neni dan Cik Azieatul. Difahamkan pada minggu ini dan minggu-minggu akan datang ADTEC Taiping akan terus dipenuhi oleh tetamu-tetamu yang silih berganti datang samada bermesyuarat atau berkursus. Kepada semua pegawai yang terlibat dalam Jawatankuasa masing-masing dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
















Tn. Haji Nik (Pengarah ADTEC) sedang berbincang
dengan En. Yang, Penyelia Asrama.















En. Zamzuri (Timbalan Pengarah) tekun melaksanakan
tugas ni biliknya.
















Pegawai-pegawai di Jabatan IT dan Mekatronik kini
berada di bilik pensyarah Bahagian Jaminan Mutu.
















Haa... ini lah dia Ketua Jabatan IT dan Mekatronik,
satu-satunya KJ wanita di ADTEC Taiping.















Barisan Pensyarah Jabatan Mikroelektronik yang
di ketuai oleh En. Jamal Jurait.















Mesranya dengan pegawai bawahan... yeke En. Jamal?
















Tersenyum lebar semua pegawai di Jabatan
Bahan Termaju.
















'We are the best' itu lah kata KJ, Jabatan Bahan Termaju.
En. Hanafi (kiri)

No comments:

Post a Comment